Total Pageviews

Wednesday, November 30, 2011

keluarga komuter



as salam. enteri hari ni nak cerita tentang "keluarga komuter". apa benda keluarga komuter ni? keluarga yg tinggal kat komuter ke? hehe..well, sebenarnya ini adalah istilah yang diguna pakai untuk keluarga yang hidup berpisah-pisah disebabkan oleh tuntutan kerjaya. saya salah seorang yang terlibat dengan keluarga komuter ni. masuk tahun ni dah 3 tahun saya menjalani kehidupan sebagai keluarga komuter. kalau diikutkan, dari time ber"couple" lagi saya dah merasa pra "keluarga komuter". masa tu saya keje kat labuan, bf (skrg dah jadi suami) keje kat KK. bila kitaorg bertunang, saya plak kena hantar kt kuching. masa dah kawen, sy masih kt kuching. bila dah posting, kena hantar kat bintulu plak, sabar je la, awal tahun ni bila dpt pindah, dpt la duduk di beaufort, tu pun around 100km tau beaufort - kota kinabalu. so, saya jumpa hubby cuma every weekend. hebatkan?. sebenarnya x hebat mana ni, sbb masa sy t bintulu, sy lihat ada lg hebat dari itu. one of my friends, dia akak ustazah dari kelantan. masuk tahun ni dah tahun ke 7 dia duduk swk, while her hubby working at kelantan. dorg ada sepasang anak. so the kakak bring along her daughter ke swk, and the hubby take the son with him. kasian kn? tu lah perkara yg tak ble nak elak dah skrg. tuntutan kerjaya menyebabkan kita terpaksa duduk berjauhan dgn keluarga. benda-benda mcm ni sebenarnya mendatangkan byk konflik kpd kedua-dua pasangan. saya secara peribadi mmg rasa stress sgt menjalani kehidupan yg duduk berpisah2 ni. dah la jauh dari suami, plak tu klu nak jumpa suami, kos yg keluar bukan sikit. syukurla skrg le driving bfort-KK. klu dlu, abis beli tiket flight kuching-KK also bintulu- KK. mmg menyesakkan fikiran. paling tak best bila kita sakit. sakit sorg2, suami sakit plak, x sepa yg dpt tolong. paling sedih bila terfikir ttg kebajikan suami, bayangkan, ada isteri, tapi kena masak sndiri, kena cuci kain baju sndiri, kena duduk rumah sorg2. klu rindu, cuma lepaskan rindu kat telefon, tak ada sentuhan kasih sayang. Banyak lagi la benda yg menyakitkan jiwa. btapa kasihannya hidup. tapi itulah realiti sekarang. mmg saya tumpang simpati dgn kwn2 menjalani kehidupan keluarga komuter ni. saya cukup memahami keperitan, kesedihan dan kesunyian hidup berjauhan. semoga sahaja kita sentiasa kuat dalam menghadapai ujian ini.  

No comments:

Post a Comment