Total Pageviews

Wednesday, August 10, 2011

si pendusta


dia si pendusta

menjanjikan mu gula

memberikan mu tuba

menceritakan mu laba

membuat mu papa

menggoda mu dengan cinta

meninggalkan mu derita


si pendusta seperti dia

bisa membuat mu terpana

dengan kata-kata

lewat karisma


tidakkah kau melihat

dia adalah pendusta

dengan mukanya yang manis

tuturnya yang tertib

namun senyumnya sinis?..


8/8/2011

~niainor~

Monday, August 8, 2011

kecewa

pernahkan kau kecewa?

ketika kau sangat berharap masa akan terhenti

dan ketika kau berharap semua cuma mimpi..


Ku ingin bercerita perihal kecewa

kenangan hidup di suatu masa

tika terlalu leka diulit bahagia


kecewa adalah ketika

kau akan bertanya "kenapa"

kau akan bertanya "mengapa'

dan kau akan bertanya "apa"

kemudian kau akan bertanya "bagaimana"


kecewa adalah ketika

kau jaga dan berharap kau tidur

kau tidur dan berharap kau lena

kau lena dan berharap kau lupa


kecewa membuat mu merasa

kau kosong dan tidak punya apa-apa

kau tidak punya siapa-siapa

dan kau hanya ingin duduk bertelaku

kaku dalam waktu..


entah bila

mungkin esok..atau mungkin lusa

ketika kau mampu bangkit dari kecewa

mampu melihat dunia

mampu untuk tertawa

dan ku pasti kau akan tertanya

kenapa aku menjadi sia-sia

hanya kerana kecewa


dan ketika mungkin kau pernah merasa kecewa

kembalilah pada tuhan mu

mungkin kerana kau pernah terlalu leka

dan kau belakangkan Dia

tika kau bahagia.


~niainor 3/08/2011~

manusia dan tuhan

sesetengah manusia

sangat ingin mendahului tuhannya

memperhitung setiap dosa-dosa manusia lain

dan menghantarnya ke neraka!

sebilangan lagi

mengira ganjaran pahala

bagi setiap amalannya

untuk mereka ke syurga

dan apabila manusia

melebihi tuhannya

dan menentukan

siapa akan ke mana

atas dosa dan pahala

aku kira mereka sudah lupa

siapa tuhan.



~niainor 1/08/2011...

sajak

hi..korang minat sajak? aku budak sastera masa sekolah dlu, paper kesusteraan melayu dpt A1 tu masa spm..hahaha, gilakan...so, sempena bulan ramadhan yg mulia ni, disebabkan aku byk sgt masa nak duduk memikirkan juadah brbuka, maka aku pun mula la mencipta sajak..bukan 1, tapi 3 sajak..harap korang sudi nak baca ..