pernahkan kau kecewa?
ketika kau sangat berharap masa akan terhenti
dan ketika kau berharap semua cuma mimpi..
Ku ingin bercerita perihal kecewa
kenangan hidup di suatu masa
tika terlalu leka diulit bahagia
kecewa adalah ketika
kau akan bertanya "kenapa"
kau akan bertanya "mengapa'
dan kau akan bertanya "apa"
kemudian kau akan bertanya "bagaimana"
kecewa adalah ketika
kau jaga dan berharap kau tidur
kau tidur dan berharap kau lena
kau lena dan berharap kau lupa
kecewa membuat mu merasa
kau kosong dan tidak punya apa-apa
kau tidak punya siapa-siapa
dan kau hanya ingin duduk bertelaku
kaku dalam waktu..
entah bila
mungkin esok..atau mungkin lusa
ketika kau mampu bangkit dari kecewa
mampu melihat dunia
mampu untuk tertawa
dan ku pasti kau akan tertanya
kenapa aku menjadi sia-sia
hanya kerana kecewa
dan ketika mungkin kau pernah merasa kecewa
kembalilah pada tuhan mu
mungkin kerana kau pernah terlalu leka
dan kau belakangkan Dia
tika kau bahagia.
~niainor 3/08/2011~
No comments:
Post a Comment